Tuesday, June 16, 2009

Teknik Analisis Data

Kuliah Pn Sakinah pada kali ini membincangkan cara bagaimana hendak menganalisis data.

Analisis data:
- Proses mengunakan data untuk memberikan maklumat berguna untuk mencadangkan kesimpulan & menyokong keputusan.
- Pastikan ada sekurang-kurang 3 jenis atau lebih data yang hendak dianalisis

Langkah-Langkah Analisis Data kualitatif

Langkah 1
a. Tengok maklum balas sepintas lalu
b. Nota diambil atas tema yang muncul, isu atau faktor yang didengar.
c. Cari item yang berulang atau penting.

Langkah 2
a. Pilih 3 @ 4 tema/kategori yang muncul dan bina matriks
b. Buat carta bukti berkaitan dengan tema utama.
c. Tema kategori ditempatkan di atas carta & senarai pelajar di tepi carta.Warna kod boleh digunakan untuk setiap kategori yang lain

Langkah 3
a. Membuat perbincangan dengan pendidik lain.
b. Baca tinjauan soal selidik dan cari kata kunci yang berkaitan dengan tema.
c. Seterusnya, rekodkan hasil dapatan dalam kotak yang bersesuaian dengan carta matriks yang telah dibina.

Langkah 4
Tanya soalan(Apakah yang telah saya dapat?)
Rekodkan pemerhatian pola dalam pola konsep dan pola sikap apabila memerhatikan matriks.
Tulis/rekod pemerhatian di bawah matriks dan disokong oleh bacaan jurnal

Langkah 5
a. Membuat dan merekodkan kesimpulan samada di bawah matriks atau di kertas yang berlainan.

Langkah 6
a. Merancang langkah yang seterusnya melalui tinjauan(soal selidik lain)/ temubual/ penilaian
b. Semak semula persoalan kajian
c. Bina modul/aktiviti

Periksa semula dan rekodkan apakah maklumat yang masih diperlukan atas pelajar, kaedah dan maklumat latar belakang untuk tajuk berkenaan.

No comments:

Post a Comment