Tuesday, April 28, 2009

Aktiviti 2 (Berkumpulan)

Refleksi ke atas masalah pengajaran dan pembelajaran selepas mengikut kursus kaedah mengajar adalah kebanyakan bakal guru terlalu menumpukan penggunaan ICT (menggunakan laptop dan powerpoint) sebagai bahan bantu mengajar atau cuma fokus kepada kaedah kuliah sahaja. Mungkin antara kita ada yang akan dihantar ke sekolah pedalaman dan terdapat sekolah pedalaman yang tidak mempunyai ICT yang canggih.

Oleh itu, strategi untuk mengatasi masalah tersebut adalah guru seharusnya menguasai dan tahu menilai jenis bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan selain daripada ICT. Kaedah kuliah yang koventional boleh disertakan dengan kaedah ‘student centered learning’ di mana pembelajaran kooperatif yang melibatkan semua pelajar secara aktif dengan menggunakan teknik-teknik seperti ‘think pair-share’, team-pair-solo, jigsaw, roundrobin dan lain-lain teknik yang sesuai supaya sesuatu pengajaran tersebut tidak bosan dan berkesan.

Ahli Kumpulan :
a. Lee Sok Leng P48614
b. Hamizah Liyana bt Anwar P48579
c. Siti Rafeqah binti Samsunanwar P48667

No comments:

Post a Comment