Wednesday, May 27, 2009

Action Research Proposal

I tried to post my action research proposal assignment through Scrib but seems have code problem. So decide to copy the whole doc...


Tajuk
Meningkatkan Penghayatan Pelajar dalam Subjek Sejarah melalui Penggunaan Komik.

2.Nama Penyelidik :
Hamizah Liyana Binti Anwar
Lee Sok Leng
Mohd Latiffi Bin Latin
Nik Hidayatul Nursaadah Binti Husin
Siti Rafeqah Binti Samsunanwar


3.Alamat Sekolah
Sekolah Menengah Kajang Utama, Selangor.

4.Latar Belakang Kajian
Kebiasaannya pelajar kurang berminat untuk mempelajari subjek Sejarah kerana melibatkan banyak fakta. Selain itu subjek Sejarah yang berteraskan kepada peristiwa lepas membuatkan pelajar sukar untuk menggambarkan dan menghayati sesuatu peristiwa tersebut.

5.Masalah dan Fokus Kajian
Kajian kali ini memfokuskan kepada masalah yang sering dihadapi oleh pelajar iaitu kesukaran untuk mengingati fakta dan kronologi peristiwa meliputi tarikh, nama dan tempat. Tambahan pula kebanyakan fakta dipersembahkan adalah berbentuk ayat semata-mata.

6.Rasional Kajian
Rasional kajian ini dijalankan kerana pencapaian pelajar dalam subjek Sejarah di Sekolah Menengah Kajang Utama adalah kurang memuaskan berbanding pencapaian subjek-subjek lain.

7.Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan pelajar-pelajar seterusnya menyemai minat mereka dalam subjek Sejarah.

8.Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran ialah seramai 60 orang pelajar dari kelas Tingkatan Dua yang mempunyai pencapaian paling rendah dalam subjek Sejarah.

9.Pelaksanaan Kajian
9.1 Membuat perancangan dari segi sampel, setting, prosedur, pengumpulan dan penganalisisan data, refleksi dan kesimpulan.
9.2 Ujian Saringan dilakukan untuk menentukan tahap pencapaian pelajar dalam subjek Sejarah seterusnya memilih peserta kajian.
9.3 Kelas intensif dijalankan di luar waktu persekolahan terhadap sampel yang telah dipilih.
9.4 Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan menggunakan komik sebagai alat bantu mengajar (ABM). Setiap pelajar disediakan sebuah komik mengikut topik.
9.5 Guru menjelaskan sesuatu topik pengajaran yang melibatkan peristiwa berbantukan komik.
9.6 Penilaian dibuat selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian kualitatif menggunakan kaedah soal jawab dan penilaian kuantitatif seperti ujian formatif dan sumatif.

9.7 Refleksi
Kaedah ini mampu untuk membangkitkan minat pelajar dalam subjek Sejarah.

10. Kesimpulan
Secaranya amnya bahan yang berbentuk ilustrasi dapat menarik minat pelajar untuk memahami subjek Sejarah dengan lebih mendalam. Maka penggunaan komik dilihat satu pendekatan yang efektif.

No comments:

Post a Comment