Friday, May 8, 2009

Aktiviti 3 Berkumpulan (Kuliah 3)

Berikan 8 sebab kenapa orang menentang perubahan dan strategi pelaksanaan untuk menerima perubahan.

1. Sikap manusia (Malas @ degil untuk menerima perubahan kerana sudah biasa dengan cara yang sedia ada)
2. Perubahan mungkin memerlukan peruntukan kewangan yang besar.
3. Menolak kerana perubahan yang dilakukan tidak membawa keuntungan kepada semua pihak
4. Perasaan tidak suka atau diskriminasi terhadap orang yang memulakan perubahan walaupun idea perubahan yang dibawakannya adalah bernas.
5. Tidak mempunyai keyakinan dan kebolehan diri untuk membuat perubahan
6. Masing-masing mempunyai pendapat, pandangan dan pendirian yang berlainan
7. Berfikiran negatif dan terus menganggap/ membuat keputusan bahawa perubahan yang bakal dilakukan tidak akan berjaya.
8. Keliru dan tidak mempunyai perancangan atau peraturan yang rapi.

Strategi.
1. Memupuk kesedaran diri
2. Membuat belanjawan terdahulu sebelum melabur ke atas perubahan
3. Membuat perancangan serta kajian terlebih dahulu dengan teratur dan sistematik sebelum melaksanakan sesuatu perubahan
4. Mengkikiskan perasaaan dikriminasi dan bersikap rasional dan logik.
5. Melaksanakan perubahan tersebut secara berperingkat dan bukan drastik agar memberi masa untuk menyesuaikan diri untuk menerima perubahan yang baru
6. Sentiasa berfikiran positif dan lebih terbuka untuk menerima pandangan orang lain
7. Sentiasa memantau dan membuat refleksi ke atas perubahan yang sedang dilakukan bagi meningkatkan lagi mutu.

Ahli Kumpulan :
a. Lee Sok Leng P48614
b. Hamizah Liyana bt Anwar P48579
c. Siti Rafeqah binti Samsunanwar P48667

No comments:

Post a Comment