Saturday, May 9, 2009

Teori Perubahan (Kuliah 3)

1. Konsep Perubahan :
a. Perubahan dalam pendidikan adalah tidak dapat diubahkan
b. Kadang kala mewujudkan ketidakpastian di mana mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda

2. Terdapat 4 jenis perubahan :
a. Perubahan ke arah peningkatan - memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi. Contoh : Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi
b. Perubahan strategik organisasi - Melibatkan keseluruhan organisasi. Contoh : Mendefinasi semula peranan organisasi.
c. Perubahan reaktif - berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan & pihak berkepentingan (stakeholders)
d. Perubahan akibat jangkaan -terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan

3. Perubahan adalah kompleks dan multidimensi.

4. Perubahan yang kompleks : mempunyai proses evolusi ( menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang) dan revolusi (yang pantas dan meninggalkan kesan)

5. Perubahan multidimensi, terdapat 6 jenis dimensi yang perlu difahami iaitu :-
a. Tujuan
b. Unit
c. Sifat
d. Magnitud
e. Skop
f. Jangkamasa

6. Model-model teori perubahan :
a. Model Pengabungan Roger
b. Model Kantar
c. Model Rand
d. Model Acot

No comments:

Post a Comment